Monday, January 12, 2015

Sentiasa ada jalan untuk kejayaan .






Setiap orang membuat kesilapan , setiap orang membuat dosa . tetapi sebaik-baik pendosa ialah mereka yang bertaubat . sabda nabi saw "Setiap daripada kamu ialah pendosa dan sebaik-baik pendosa ialah mereka yang bertaubat daripada dosanya" .

apa yang istimewa tentang dosa ialah adanya taubat . taubat itu tidak perlu tunggu di bus stop , tidak perlu dicari di mesir , tidak perlu terbang ke langkit , tetapi taubat itu sentiasa ada menunggu kita pada bila2 masa . Dan bila masa untuk bertaubat jawapannya ada didalam kesedaran kita sendiri .

Kesedaran itu sangat penting , orang sentiasa menjadikan sesuatu kesalahan itu sebagai perkara yang formal , seperti menjawab exam . apabila sudah berdosa , lepas taubat hilang dosa , ianya berkesan tetapi ternyata ia lebih berkesan apabila kita hadirkan rasa keinsafan dan kesedaran, dan sebab itu kesedaran itu terletak pada tangga ke dua selepas yang pertama iaitu meninggalkan dosa tersebut . Allah melihat pada hati seseorang , dan yang menentukan kebaikan seseorang itu ialah hatinya seperti sabdaan nabi saw.

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging .Jika daging itu baik ,maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya .Daging yang dimaksudkan ini adalah hati"

 jika seorang yang sangat alim sekalipun tetapi tidak baik hatinya boleh jadi ianya menjadi seorang jahat ,begitulah perumpamaannya.
 Kesedaran ini yang membawa pada hasil yang berpanjangan dan menjadikan orang yang jiwa kosong pada pengisian , orang yang comot jadi segak ,orang yang malas jadi rajin, orang yang berdosa jadi soleh . 

Setiap perkara perlu pada jawapan ,maka jawablah soalan ini .
adakah kita boleh sedar dengan makan coklat ? boleh ke kita sedar dengan berjogging ? adakah kita boleh sedar dengan memakaikan wangian ? tidak sama sekali . tetapi kesedaran itu akan hadir apabila kita menjinakkan dan melunakkan dan melembutkan hati kita dengan perkara-perkara yang dapat mendekatkan diri pada Allah s.w.t .maka bermulalah dengan istigfar , zikrullah perkara2 wajib kepada sunat dan kemudiannya naik ke tangga seterusnya daripada muslim , kepada mukmin , mukhsin , mukhlis , akhir sekali muttaqin .


Taubat itu sentiasa boleh, kecuali pada hari dimana Allah tutup semua pintu taubat , ketika itu tiada makna lagi bagi orang yang hendak bertaubat. Apa yang orang salah ertikan tentang taubat didalam kehidupan ialah apabila berdosa besar seperti berzina , membunuh , seseorang meninggal , maka saat itulah perlunya pada taubat .
taubat itu tidak perlu jadi ulamak baru hendak bertaubat , taubat itu tidak perlu jadi imam masjid baru perlu bertaubat , taubat itu tidak perlu jadi pencetus ummah baru nak bertaubat . samalah juga apabila sudah jadi polis trafik baru nak patuh undang2 jalan raya , apabila jadi hakim baru tahu undang2 negara .
Kita sebagai seorang muslim perlu sedar bahawa itu dan ini sudah menjadi tanggungjawab kita yang perlu pada adanya satu cara kehidupan yang membuatkan seseorang itu dapat hidup dengan tenang dan memanfaatkan kehidupannya di dunia dan akhirat , dan itu ada pada Islam . Islam mempunyai segala peraturan yang lengkap untuk manusia , bukan untuk mengongkong , tetapi ia adalah peraturan untuk menjadikan kita sebagai seorang yang mempunyai akhlak ,mempunyai moral, mempunyai pendirian , seorang yg merendah diri , dan hati yang tidak kosong .

Terdapat 1 kisah , seorang yang kafir yang mempunyai harta kakayaan , kemewahan , dia dapat kelebihan daripada apa yang orang lain inginkan didunia , dia boleh memiliki pelbagai rumah ,kereta tetapi 1 sahaja dia tidak dapat iaitu jiwa yang tenang .
Dia terus tercari2 apa yang dapat mengisi hatinya yang kosong, maka dia pergi mengembara ke seluruh dunia dengan berbekalkan harta yang ada . maka hayat dia , dia terus mencari2 agama yang dapat menenagkan hatinya , suatu hari dia pergi ke 1 masjid dan kelihatan seseorang yang terhuyung hayang mencari2 sesuatu . maka seorang imam ini bertemu dengannya , ketika dia bertemunya maka diceritakan lelaki tersebut kepada imam tersebut . Imam itu menyuruhnya mengucapkan "2 kalimah syahadah" . ketika dia mengucapkannya dia merasakan sesuatu yang sangat melegakan hatinya yang tidak dapat dirasakannya selama ini , terus dia menitiskan air matanya yang selama ini tersimpan .

"Jangan kamu berputus asa dalan mencari nikmat dan rahmat Allah" Yusuf ayat 87

semasa hayat masih dikandung badan , sihat , boleh celik mata , ada kemampuan inilah kita guna untuk bertaubat . ketika ini carilah keinsafan , lembutkanlah hati , cairkan dosa2 , kerana ketika kita melihat pada cahaya hari ini , itu mungkin kali terakhir kita akan melihat pada cahaya . didalam liang lahad , kubur , neraka itu akan menjadi gelap gelita tanpa ada yang akan mengiringi kita . Ketika masih hidup ini selagi ada yang mampu mengiringi kita , selagi ada tangan, mata, kaki . gunakanlah sebaiknya kerana ianya akan menjadi saksi kepada akhirat nanti .


1 comment:

NSML said...

salam, sy nak pakai post ni utk artikel agama boleh ye?