Monday, May 23, 2016

Perjuangan bersama

Setiap yang berakal itu bakal diuji,
Setara mana laksana cahaya,
Dalam arena yang senang,
Dalam cuaca yang tenang.
Dalam keheningan malam.

Kita dimakan waktu,
Dilema makan,
Dilema hiburan,
Dilema pakaian,
Dilema keluarga,
Dilema kawan,
Dilema solat.

Tertipu dengan tenang,
Dianggap sudah benar,
walhal senang salah tempat,
Dianggap hanya tangani
Nafsu dan syahwat,
Asal tak perlu keraskan 4 kerat.

Singgah palestine,
Singgah syria, aleppo, rohingya
Iklan sementara,
Buat  hindustan tambahan perisa,
Seakan drama korea.

Cerita baru, cerita lama,
Sama saja. Akhir cerita,
Terrorist punya kerja,
Simpulan ada, dengar saja berita,
Akhir kalam telan semua.

Mereka hilang keluarga itu biasa,
Kita hilang teman wanita bahaya,
Kita mereka tidak serupa,
Dendangkan pada semuanya,
Kita tidak sama!

Seakan kita lupa,
Kita berpijak bumi yang sama,
Senang tak selamanya,
Masa akan tiba,
Kita akan merasa.

Gentar usah gundah,
Bukan itukah yang tertulis?
Kalam yang tidak tertunggak,
Yang teradil lagi nyata.


Friday, May 20, 2016

How languages affected me

Language is a practical life, the more you use it, the better you'll be. Me myself is trying to coup with  several languages which comprises chinese, malay, english, and arabic which I do confess that I dont hold on to all of it regularly. Some may lack in terms of oral or writing.

It takes several years to be good in a language, such as chinese language. Some people may take 6-7 years to completely learn the basics of chinese language. It is an unfortunate to say, 6-7 years trying to learn chinese language is a waste when you only communicate with your mastered mother tongue language after graduate. Ofcourse, the environment. We stay in touch with people who speak our mother tongue language.

For me,language is a persons identity and virtue. It shows how determined and discipline you are in maintaining several things in a shot. How you makeup with people in different cultures using their language, what book you reads, what assent you use. This is the aspects that needs protection in ourselves. And again I see this things are getting further from me. 

There is a time when you want to read other races newspaper to see what they are thinking, how are they doing, what are the latest info that I missed. It affected in many situations, that youll be glad if you stay in your shoes. And how many apportunities comes when you can know something extra. 

Same goes to arabic language. Where actually I missed a big spot in there. That I didnt realize how beautiful Quran words that I thought reading in malay is ok, when eventually it is best and beautiful reading in the form of the Quran language itself. How glorious and shining words that i've missed along the years without understanding the beauty of untranslated, direct meaning of arabic words. 

How's an instrumental band is played when you dont have the conductor. You can hear the sound, but you cant feel the beauty rythm. 


However, this is one of the efforts that keeping me typing pong in english. I hope one day all this letters will be in chinese. 

Thank you for reading.



Thursday, May 19, 2016

Aku mahu Range Rover

Kejayaan itu subjektif bagi setiap kaca mata yang melihatnya. Ianya berbentuk kebahagiaan. Bila capainya sangat bahagia bila gapainya sangat gembira. kerana ianya bukan mudah untuk digapai lagi di roti canaikan dengan harga seringgit harini.

Kejayaan itu bagi seseorang lebih banyak bererti yang memberi kebahagiaan pada empunya. Sekali ingat permanent dihati tentang phone akan terngiang2 akan dapatkannya, bila dapatnya lalu bahagia itu kejayaan baginya. 

Berbeza apabila si kecil mahukan mainan ultraman, menangis2 mahukannya, bila sudah dapatkannya langsung diam, itu juga kejayaan bagi anak kecil itu. Apabila sudah meningkat usia, dimomokkan dengan kebahagiaan berbentuk baju cantik, kasut converse, kereta rr. Wahh.  

Begitulah yang terjadi pada orang yang meletakkan citarasanya pada kereta, rumah, cita2 dihati akan merasakan itu kejayaan bila dikecapi. Dan ianya berputar pada setiap orang, kerana ianya dimainkam selalu dibibit keluarga, masyarakat, television. Itulah kejayaan.

Lagi ade kasut converse hitam, mahu yang putih .lagi sudah ada baju tshirt beli pasar malam, jadi baju michelle & jackson. Lagi ada 10 biji kereta mahu tambah tunggu penuh garage kereta.

Hati itu sudah dipunya oleh sesuatu pastinya belum puas jika tidak dituntut empunya, ditambah lagi. Pun begitu, tidak pernah didendangkan kesalahan itu, kerana naluri dan mahu itu cantik terhias bila diguna tersusun rapi dihati. 

Ianya sudah diremotekan untuk perkara harta, kemahuan, di suatu sudut kecil dihati, manakala di suatu sudut besar untuk Allah sahaja. Tetapi alangkah sukarnya begitu, kerana dunia,harta dan isinya mudah pengaruhi penghuninya. Takut takut hati itu diisi penuh dengan kemahuan saja, tetapi agama itu sekadar di kenduri kahwin. 

Hati itu mudah dipenuhi dengan sesuatu yang kita terlalu idamkan. Sedang idamkan mainan ultraman saja boleh berkelahi, sembang saja tentang harta bisa bertikam lidah. 
Habil & qabil itu lantas kemana kisah ceritanya?
Qabil yang mencintai sesuatu juga,sanggup membunuh adiknya habil. 
Pengajaran...

Harta itu cantik seperti penghuninya. Abu bakr mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam. Sekelip mata hartanya bertambah semula. Begitu Umar, juga sahabat lain.  Kerana apa? Harta hanya 1 sudut kecil dihatinya.






Monday, May 16, 2016

Lelaki itu

Seringkali dia dalam keadaan bergegas. Orang kata selalu "on the go". Pergi ke majlis sana, pergi ke majlis sini. Sering kelihatan bermundar mandir. Adapun kelihatan rehatnya waktu malam.

Dirinya bertenaga dan gahnya ada terasa. Tidaklah terlalu berkarisma, tidaklah kacak. Tapi suaranya saja sudah lunak dengarkan sangat bersahaja. bila saja menjadi pimpinan solat nyamannya bak masjid besi, cantik berangin sepoi2.

Tegas lagi halus, tutur kata fasih bicara. Bicara yang adil sama dengan sikapnya.
seringkali bertemu pasti akan di dibelanja. Bila ditanya mengapa, beralah tak mengapa. Rezeki itu ada di mana2 pada sesiapa.

Ada apa kesibukan? Lagi diberi masa padaNya. saat itu bukan aku punya, bicaranya. ada masa, bibit2 ayat suci al-Quran ditaranumkan bersahaja.
Bila bersama gurau senda perli yang membina. "Ayuh masjid bersama".

Letih, penat. Itu biasa.main game pun penat. Duduk rumah pun penat. Untuk apa penat saje,buat mendew.



Saturday, May 7, 2016

mahu yang mana?

Insan bernafas, bisa melafaz, bisa membalas, dan ber berjasad bebas itu punya peranan. diberi peranan dan pelbagai pilihan dalam hidup untuk memilih.

Memilih itu bukan sukar, bukan payah. Tetapi ia terikat...

Ikatan itu yang berada dalam diri yang mengikat kita untuk membuat pilihan, dan ikatan itu simpulannya ada yang rumit dan ringkas. Simpulan itu rumit kerana ia berkaitan dengan kepentingan diri, ia rumit kerana tidak mengikut keinginan, tidak mengikut citawarna kehidupan diri dia. 


Alangkah senang jika smua pilihan baik2 masuk pada jasad ini, tetapi sebaliknya jasad itu punya tangan yg menentukan pilihan mereka sendiri. Kerana keberadaan kita untuk memilih jalan kemaksiatan atau jalan kebaikan.

Tetapi seringkali yang terjadi kemaksiatan bercampur dengan kebaikan...

Pancaindera kita mampu melihat dengan baik orang yang mengejar kebaikan pasti cuba mengelakkan perkara yg merosakkan.

Tetapi malangnya, yang mahu pada ibadat itu, mahu juga pada kemaksiatan. Yang mahu solat itu, mahu juga berkata kesat. Yang mahu ngaji itu, mahu juga mengumpat. Yang mahu zikir itu, mahu juga sakitkan hati orang . Yang mahu jihad itu, mahu juga couple. Yang mahu jadi orang masjid, mahu juga merokok. Yang mahu menderma, mahu juga riba. Yang mahu kaya, mahu juga duit kopi. Yang mahu bantu muslim lain, mahu juga sakitkan keluarga sendiri.

mahu pada kebaikan, tetapi mahu juga pada kemaksiatan. Sedang Rasulullah tidak mencampuri antara ke 2 nya sekali. Kerana nabi bersungguh2 dalam perkara ibadat. bukan sekadar ikut mood hari hari, hari Ini taubat esok di hard rock.

Norma2 kehidupan itu sudah ditentukan untuk pilihan yang baik baik bagi orang yang mengejar akan kebaikan, sedang kita sibuk perhitungkan maksiat apa yang ingin dipilih dan mana yang sesuai dengan kita.

Ironinya org yang melaungkan Islam tetapi saat perlu pilih kedai makan wajib menelan McD.

Apakah perhitungan kita?
Sedang hidayah Allah datang pada yang benar2 mahukannya.





Saturday, April 30, 2016

Aku semula

Assalamualaikum wbr

Sudah lama agaknya, aq menjauhi penulisan yang mana bagiku dulu merupakan inspirasi dan tempat ekspresi diri.

Tempat singgah sana bagi kedua jari ini, mungkin selain ibubapa, ada juga tempat aq menyelam bersama benak fikiran didalam catatan, walau ia kadang berbentuk abstrak.

Kala aq fikir untuk siapakah aq menulis, ada yg aq pamer utk diri, sedang yg lain utk kalian. Aq siap utk kepentingn diri atau siap utk kalian. Adalah pelik  sekadar dendang lagu terus menari tanpa tau lirik dan makna.


Aq lihat jendela hati, Baik pada tulis atau pada budi, baik pada insan atau pada hati ...


Ya, aq senyap sementara. Menyorok jari dari entry, menyimpan rindu dalam2 sementara. Apanya bukan, dahulu gian tak keruan kini zaman tuk kadur berkanjang kain.

Ya, ruang lingkup dakwah itu besar dari sekadar blogging. Tapi disini terasa kelainannya, uniknya itu ada. Ia membasahkan jiwa.

Apa yang tertulis, terkata, itu nilaian Allah.
Apa yang terkata perlu sama dengan cara.

Soalnya, samakah?




Tuesday, April 26, 2016

Entry sapaan baru

Kehidupan itu adalah satu perjalanan untuk pembelajaran. Orang yang mencari jawapan dalam pembelajaran pasti dia belajar banyak perkara. Sebaliknya orang yang anggap hidup ini bukan tempat belajar malangnya jika ianya hanya permainan.

Kita diajar melihat persekitaran dan ambil pelajaran, dari situ akan timbul persoalan yang pelbagai dan dari situ banyak muncul jawapan dari pencarian. 

Apabila jumpa pada jawapan akan hadir rasa kelegaan. Apatah lagi bila ia berkaitan dengan hidup yang singkat, dimana hidup ini adalah masa untuk mencari jawapan bagi kelegaan.

Demi mencapai maksud tujuan yang kita semua tahu.


...

betapa ramai merasa letih, tetapi tidak dapat tidur,
Betapa ramai rasa lapar, tetapi tidak lalu makan,
Betapa ramai yang senang, tetapi hati runsing,
Betapa ramai rasa takut, tetapi tidak jumpa tenang

Hati banyak membawa kepada keputusan ini..ongoing...

Sehinggalah kita belajar erti kehidupan.