Monday, August 15, 2016

Aku yang dilupakan...

Apa yang ada pada kita sekarang sering kita lupakan dan terlupa, atau kita lupakan peristiwa istimewa yang membawa pada kehidupan kita kini. bila difikir fikir mungkin semakin kuat menyayangi, kuat bekerja, kuat berfikir...

barangkali itu datang daripada kisah silam yang pernah buat kita rasa kecewa dan terluka akibat tidak menyayangi, malas bekerja, dan tidak berfikir rasional. apakah natural itu seseorang kuat bekerja tanpa ada motivasi yang mengajarkannya? 

pasti ada sesuatu bukan..
aku mempunyai sebatang pensil yang berumur 3 tahun. ia berwarna turqoise dari mula hingga ke hujung.

aku idamkan pensil itu, sehingga tidak lupa untuk menggunakannya setiap kali aku menulis. satu hari aku terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain lalu aku tinggalkan pena itu disana kerana gembira akan berada di tempat yang baru.

aku berasa gembira sehingga aku tidak kisahkan pena aku terdahulu. sehinggalah aku hilang gembira itu, lalu aku tercari2 kemana pena aku yg dahulu? 
lalu aku terus mencari2 yang terdahulu sedangkan aku sudah ada di tempat yang baru suasana yang baru...

aku teringatkan pena aku, ia ada disuatu tempat . jauh dari tempat aku yang baru ini. lalu aku membeli pena baru yang sama warna sama texture. aku simpannya rapi dan tidak pernah hilangkannya...

tapi apa yang terdahulu itu tidak sama dengan apa yang aku ada sekarang.

No comments: