Saturday, May 7, 2016

mahu yang mana?

Insan bernafas, bisa melafaz, bisa membalas, dan ber berjasad bebas itu punya peranan. diberi peranan dan pelbagai pilihan dalam hidup untuk memilih.

Memilih itu bukan sukar, bukan payah. Tetapi ia terikat...

Ikatan itu yang berada dalam diri yang mengikat kita untuk membuat pilihan, dan ikatan itu simpulannya ada yang rumit dan ringkas. Simpulan itu rumit kerana ia berkaitan dengan kepentingan diri, ia rumit kerana tidak mengikut keinginan, tidak mengikut citawarna kehidupan diri dia. 


Alangkah senang jika smua pilihan baik2 masuk pada jasad ini, tetapi sebaliknya jasad itu punya tangan yg menentukan pilihan mereka sendiri. Kerana keberadaan kita untuk memilih jalan kemaksiatan atau jalan kebaikan.

Tetapi seringkali yang terjadi kemaksiatan bercampur dengan kebaikan...

Pancaindera kita mampu melihat dengan baik orang yang mengejar kebaikan pasti cuba mengelakkan perkara yg merosakkan.

Tetapi malangnya, yang mahu pada ibadat itu, mahu juga pada kemaksiatan. Yang mahu solat itu, mahu juga berkata kesat. Yang mahu ngaji itu, mahu juga mengumpat. Yang mahu zikir itu, mahu juga sakitkan hati orang . Yang mahu jihad itu, mahu juga couple. Yang mahu jadi orang masjid, mahu juga merokok. Yang mahu menderma, mahu juga riba. Yang mahu kaya, mahu juga duit kopi. Yang mahu bantu muslim lain, mahu juga sakitkan keluarga sendiri.

mahu pada kebaikan, tetapi mahu juga pada kemaksiatan. Sedang Rasulullah tidak mencampuri antara ke 2 nya sekali. Kerana nabi bersungguh2 dalam perkara ibadat. bukan sekadar ikut mood hari hari, hari Ini taubat esok di hard rock.

Norma2 kehidupan itu sudah ditentukan untuk pilihan yang baik baik bagi orang yang mengejar akan kebaikan, sedang kita sibuk perhitungkan maksiat apa yang ingin dipilih dan mana yang sesuai dengan kita.

Ironinya org yang melaungkan Islam tetapi saat perlu pilih kedai makan wajib menelan McD.

Apakah perhitungan kita?
Sedang hidayah Allah datang pada yang benar2 mahukannya.





No comments: