Saturday, May 24, 2014
hadirnya membuat aku lebih ingat ,
bahawa dunia sangat suka memikat ,
dulu dia jauh kerana ada tempat berdiri ,
sekarang dia berdiri di atas kaki sendiri .
tidak memberi apa2 erti ,
berada disini tapi hati disana ,
mengenang yang lepas jangan ,
kerana tiada yang membawa baru .
dia beri makan pada yang lapar ,
asbab kenyang bagi yang lapar,
lapar bukan pada perut tapi pada hati ,
hati yang semput .
tanggungjawab diri bukan hiasan,
orang tak pandang dia tak segan ,
biar kerut dahi untuk orang lain ,
jangan kerut dahi kerana tak cukup kain .
biar pergi yang jauh jangan dekat yang lari ,
sekali ia pergi tak mungkin ada ganti ,
mungkin suatu hari akan ada yang datang ,
tapi yang ada jangan sampai hilang .
melihat diri orang lihat pada diri ,
jangan sampai terlalu ikut hati,
jangan tertipu apa yang tidak pasti,
yang pergi tetap akan pergi .
kau punya hasrat tapi jangan gesa2 ,
jangan ditutup mata dan butakan hati ,
jangan ditinggal lain merana ,
jangan beri pada yang tak mahu menerima,
biar berbakti walau tak dipuji .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nice
terima kasih :)
Post a Comment