Wednesday, May 21, 2014

Pesan anak muda




janji pada diri itu semua orang reti , hanya kita dan Dia yang tahu apa yang diri berjanji.
tetapi sukar untuk tunaikan janji , Dia tetap memerhati .
engkau putuskan janji , dan kau sambung kembali .

Dia tahu kau akan buat silap , kerana itu fitrah kau , iaitu kesilapan .
Dia faham kau remaja , Dia tahu engkau akan cari jalan untuk kebebasan .
dan bila kau menyesal , kau kembali lihat pada list janji yang lepas .

kau boleh belajar dalam kehidupan , gembira ,sedih ,
tetapi engkau akan ada ujian dalam pembelajaran ,
engkau perlu tahu akan ada Dia sebagai cikgu ,
Dia akan membawa kau dan mengajarkan engkau layari kehidupan ,
cuma engkau perlu tahu cikgu akan diam ketika peperiksaan dijalankan.

kau boleh memilih jalan untuk iman kau sendiri,
kerana ia milik kau selamanya dan tidak akan beralih pemiliknya ,
kau jagalah , dan peliharalah ia sebaiknya
jangan nangisi dek perang Tabuk .

kau ada orang disekeliling , dan keberadaan mereka untuk kau ,
mereka ubat penenang , dan ubat tahan sakit ,
mungkin kau perlu tahu,
Allah tidak pernah memberikan sembarang orang untuk hadir ke hidup kau .


kau hayati hidup ini sekali , kerana ia tidak akan kembali .




layan sikit ~
(jgn risau aku xde dalam ni)


4 comments:

Unknown said...

bertabahlah!

equal to? said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Syafi said...

trima kasih

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.