Wednesday, April 23, 2014

Terima kasih

hari ini aku lelap 3 jam . aku memaksa diri untuk berjaga untuk menghargai hari yang berharga ini , jika bukan kerana hari kelahiran seseorang yg istimewa dalam hidup aku.

aku menulis dengan tulisan2 kecil ini dengan niat ia boleh membuatkan hari ini berlalu bersama beberapa nilai disisi aku . mungkin hari ini aku masih boleh menulis tentang dia, tahun hadapan mungkin tidak .

hari ini aku menulis , semestinya dia tidak membacanya . sebab itu aku menulis ini.

aku menulis , dia menulis .

cuma bila aku menulis,aku menulis untuk diriku .
apabila dia menulis, dia menulis untuk ummah .

---

semalam, hari ini , esok adalah perjuangan dia .
perjuangan yang tidak henti memberikan khabar berita .
setiap hari dia mengerah tulang 4 keratnya untuk khabarkan perkara2 yang sering didengar tetapi sering dilupakan .
..semua itu cerita panjang .

aku tidak tahu bagaimana azamnya memulakan perjuangan, sehingga kini perjuangan itu masih diteruskan . semestinya dia tahu kerja itu memenatkan . aku masih memikirkan namun
siapa dapat membaca hatinya ?
aku ingin bertanya , tetapi jauhari lebih mengenal manikam .
apa yang aku pasti tatkala diceritakan dia menyebut kalimah "lailahaillAllah muhammadurrasulullah"
disitulah bermula kehidupannya yang sebenar.

apabila dia faham, maka perjuangan itu tidak berhenti disitu.
perjuangan itu akan berhenti, tetapi bukan disitu.
dia pun sudah tahu perjuangan itu akan sukar , namun kedegilannya untuk ummah membuatkan dia mahu teruskan.

perjuangan akan ada tentangan, lawan menjadikan dia lebih kuat dalam kehidupan.
mana pergi hitam tanpa putih , mana pergi api tanpa air .
aku mula mengerti impiannya tinggi . siapa yang tidak mengimpikan sesuatu yang tinggi.
tetapi aku pelik untuk melihat dia yang tidak pernah mengeluh .

ada kebaikannya yang terzahir, ada yang tersembunyi .
aku kagum pada apa yang dizahirkannya, ada jugaku cungkil yang tersembunyi .
sungguh aku mahu ramai orang yang menjadi seperti dia jika mereka lihat apa aku lihat.
apakan daya, dunia ini tidak menjadikan kehidupan begitu.

mungkin aku sudah mulai mengerti apa makna menjadi seperti dia .
kerana apa yang dia dapat dari kalimah itu, pastinya perlu setimpal dengan pengorbanannya.
ada balasan pada sesuatu yang mahal .

akan sampai suatu masa,
suatu masa aku akan berada disamping kamu selalu, kerana aku ingin lihat engkau lebih banyak senyum dari aku.

mungkin tak semua perkara yang aku tahu .
yang pastinya, aku tahu . aku ada seorang manusia yang sangat hebat dekat dengan diri aku.



3 comments:

|alyssum| said...

Your amazing dad , is it ?

The Safinah said...

I've met him once.

and masyaAllah.
that's it. masyaAllah.

Mohd Syafi said...

alyssum: yes , i have to admit.

safinah: subhanaAllah, may Allah bless u .