Sunday, January 12, 2014

Hidup

Assalamualaikum wbr

hari2ku berlalu membenakkan sesuatu dalam jiwaku , kadang aku melihat pada kesempurnaan ciptaan Allah, tetapi aku terlepas pandang pada Allah.
adakah aku kurang percaya , maka aku minta padaMu yAllah, kuatkanlah iman aku.
adakah kerana aku punya banyak dosa, maka aku memohon padaMu , ampunkanlah aku, dan berikanlah aku HidayahMu.

kerana aku yakin, mungkin kerana dosaku yang bertimbun, Kau tidak memberikan aku petunjuk.
mungkin kerana banyaknya focus aku pada dunia, terhalanglah HidayahMu padaku.
maka aku terfikir dan aku terus terfikir dalam harianku.
ya "syafi, apakah yang kau fikirkan tujuan kau dipinjamkan diatas muka bumi!???"


Allah katakan

"Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu.adapun orang2 yang beriman , mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata "Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?" Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkanNya sesat, dn dengan itu banyak (pula) orang yang diberiNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selai orang2 fasik", (iaitu) orang-orang yang langgar perjanjian Allah setelah (perjanjian) itu diteguhkan, dan memutuskan apa yang diperintahkankan Allah untuk disambungkan , dan berbuat kerosakan di bumi,itulah orang-orang yang rugi

dan dihuraikan tentang ayat ini ,
Allah boleh memberikan pelbagai jenis contoh jika Dia mahukan, pada ayat diatas manusia itu seperti seekor nyamuk ,yang mana nyamuk itu sentiasa mencari2 makanan untuk dimakan sehingga kenyang, dan setelah kenyang maka ia akan mati.
begitu jugalah seperti manusia, manusia akan hidup selagi mana dia tidak menjumpai maksud tujuan hidup mereka, dan akan mati setelah mana mereka mencapai maksud tujuan hidup mereka, "maka celakalah bagi mereka yang mana mereka hidup tetapi tidak sampai maksud tujuan hidup mereka , yang mana apabila mereka mengaku sebagai seorang yang beriman sedangkn dalm hati mereka tidak beriman"





ada makna dunia ini, ada makna Allah ciptakan seluruh alam ini dan makna itu tersimpan didalam alQuran,
perkara yang diperintahkan oleh Allah, semua tercatat dalam alQuran, bukalah, bukalah dan baca.
apa maknanya Allah turunkan alQuran itu jika bukan kerana ada message yang ingin disampaikan makna dihidupkan di muka bumi ini.

sungguh aku terpaku di pangkuanku sendiri, apakah yang aku cari dalam hidupku jika setiap hari mencari nikmat. Allah sudah janjikan nikmat itu disyurga, tapi aku masih ingkar!
masih ingin mencari nikmat didunia

aku takut, sungguh2 aku takut!
aku takut melihat dunia yang aku senangi, aku takut aku terlampau senang sampaikan aku tidak mampu hidup susah diakhirat, aku terpadam dengan keselesaan, keenakan dunia
sedang dunia ini sudah tua, pelbagai tanda Allah telah berikan, mungkin ingin Allah sampaikan padaku "Inilah waktunya hambaku, berikanlah masamu untuk dekat padaku, masamu tidak banyak, cepatlah taubat padaKu ,kerana Aku sayangkan kamu wahai hambaku"


"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat kejahatan di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat kejahatan di malam hari mahu bertaubat."
(HR Imam Muslim dan Ahmad)


"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun padaKu, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan mendatanganimu dengan ampunan sebesar itu pula."(HR At-Tirmidzi)

Allah~ menitis airmataku~
mengapa Allah terlalu baik untukku pada setiap hari aku. jika tidak aku sedarkan diri semalam dan hari ini mengapa tidak saja kau mencabutkan nyawaku???
Kenapa kau terlalu baik untuk hambamu sedangkan kami tidak bersyukur walau meminjam duniaMu.

sedang aku?
aku bersenang-senang diatas muka bumi Allah yang dipinjam ini, tetapi aku tidak bersyukur langsung atas nikmat ini , tetapi terus nikmat demi nikmat aku nikmati. 
aku kesal akan diriku, aku sangat mengambil berat tentang diriku ,keselesaan diriku. sehinggakan kadang aku mengabaikan kemanisan yang Allah telah berikan padaku tanpa rasa syukur.
apakah yang mataku lakukan untuk Islam, apakah tanganku lakukan untuk Islam, apakah kakiku lakukan untuk Islam???
Allah, maafkanlah hambamu ini
tiadalah aku ditempatkan diatas muka bumi hanya untuk mengabdikan diri padaMu.


jika ingin mencari keselesaan. syurga juga ada keselesaan.
jadi jika dunia dan diakhirat juga selesa, apa sebenarnya erti aku hidup???
untuk bersenangan sahaja?


sebuah kisah seorang anak bertanya seorang bapa


suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hnbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan "Wahai bapa, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?"

sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu " Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam syurga"



benakkan doa ini didalam doa harianmu

"YaAllah dengarkanlah doa hambamu ini, YaAllah yaTuhan kami, sampaikanlah tujuan kami, ampunkanlah dosa kami, Allah Yang Maha Mulia""


                                                 

moga sampailah maksud tujuan hidup kita~

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nigga, explain please.