Monday, July 22, 2013

Wanita itu




seorang wanita yang bangun 3 pagi untuk berqiam, sujudnya lama bak merintiskan sesuatu,
setiap hari, dirinya tidak lekang berjaga pagi ibarat orang yang sering meneguk air namun tidak pernah kenyang. 
tatkala orang sibuk tidur nyenyak di atas katil, dia menebarkan sejadah untuk dijadikan alas sujud pada Allah. 

Dia memperlihatkan dirinya ibarat Rabiatul Adawiyah di tengah pagi, di siangnya hamba yang kerdil yang mengeledah ilmu utk amal, dakwah untuk jihad, dan tarbiyah buat hati bagi bekalan pagi harinya. 
beliau teguh dengan prinsip diri, setiap pagi itulah yang dicari, iaitu kekuatan yang tak semua orang mampu lakukan, kecuali yang rela melepaskan nikmat utk Ilahi. 

Dia tidak melepaskan ia pergi, tanpa pagi bersama Allah hidupnya terasa sepi, kerana peneman sejatinya adalah takut pada Allah. 

tatkala orang disana sedang disiksa, dia turut merasa. tangisan demi tangisan setiap hari tanpa noktahnya. itulah yang dia hajatkan dalam doa paginya utk melihat kembalinya kebahagiaan di dunia demi kemenangan mujahidden dan umat yang berjiwa Islam. 
beliau memang mahir dalam hal empati. disebabkan itu beliau tidak senang tidur dikatil empuk walhal terdapat orang sedang terjaga kerana diseksa bertubi2.

inilah yang tidak orang nampak pada seorang yang berhati suci yang kiblatnya tidak sesekali manusia atau yang seangkatannya. beliau tidak menyerahkan harta dan jiwa raganya untuk perkara sia2 diatas dunia. 
kerana dunia ini sementara, sementara untuk yang kenal apakah tujuan kedatangan kedunia.

6 comments:

|alyssum| said...
This comment has been removed by the author.
|alyssum| said...

touched . to the deepest part of my heart :')

in shaa Allah will be a booster to keep improving my imaan .

Mohd Syafi said...


insyaAllah :)

equal to? said...
This comment has been removed by the author.
equal to? said...
This comment has been removed by the author.
equal to? said...
This comment has been removed by the author.