Sunday, January 18, 2015

Abstrak



kau unik kerana berbeza ,
kau tak perlu difikirkan ,
kau tidak berdefinisi ,
kau tidak dikenali .

kau tak perlu hirau ,
kau tak perlu risau ,
kau tidak berkategori ,
kau tidak berpopulasi .

ukir kau bebas ,
bebas yang tidak terbatas ,
kau punyai pelbagai persepsi ,
kerana penuh dengan halusinasi .

perbezaan kau tiada ,
kau mengatur bebas ,
tak perlu diukur ,
tanpa sebarang synchronize.

pencipta kenal apa dicipta ,
sedang yang lihat tidak berkata ,
namun tetap ia berhajat ,
kerana dicipta sebagai abstrak .


No comments: