Peperiksaan itu kamu |
memujuk hati setiap orang yang melihatnya untuk terpegun dan terkaku apabila dapat dlihat gah di atas pakaian kejayaan yang Allah sarungkan untuknya . ini untuk dia lihat, ini untuk keluarga lihat , ini untuk kawan kawan . di sedalam dalam hati ingin orang lihat kejayaan itu hingga terlupa cerminan itu agar menjadi insan yang bertakwa~
ketuklah sedalam hati itu , apakah yang dikejarkan selama ini ? soal lah diri , dimanakah perhentian kita selepas meraih kejayaan di mata2 sahabat dan keluarga ?
hatimu baik ingin mengejar cita2 , tetapi baik belum cukup jika bukan kerana Allah .
apa yang Allah mahukan daripadamu ?
apakah yang Allah mahukan darimu ?
fikir~***
bagaimana situasi aku diduniaMu sekarang ?
-------------------------
Sudah kau melihat kasih sayang yang telah Dia berikan melalui kehidupan manusia, melalui kedua ibubapa, adik beradik, saudara mara kepada kau agar kau senang hati?
Adakah itu masih tidak mencukupi? sedangkan kau hidup ini berbekalkan kasih sayang dimuka bumi, mengapa kau memilih jalan yang ia seakan tidak mencukupi?
Tidak semua orang mampu memiliki kasih sayang. Tidak semua orang yang diberikan kasih sayang yang sepenuhnya, namun jika Allah memilih kamu untuk disayangi janganlah kau tinggalkan kasih sayang itu.
Kau cari di setiap penjuru, namun Dia tidak teragak2 untuk hancurkan setiap satu darinya. Bersyukurlah atas nikmat yang telah diberikan kepada kau. Jangan kau persiakan apa yang telah Dia beri. Kelak suatu hari kau akan sedar ...
"Adakah kamu menyangka bahawa kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja saja (sia sia tanpa sebarang hkmah pada penciptaan itu ?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?" -Al-mu'minun, 115
"Adakah kamu menyangka bahawa kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja saja (sia sia tanpa sebarang hkmah pada penciptaan itu ?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?" -Al-mu'minun, 115
Berilah masa untuk diri, berikan masa pada hati . Jangan persiakan hidup demi sesuatu yang tidak dapat diganti yang nilainya akan kau kesali seumur hidup. Biarpun hidup kau senang sebentar namun jika kau tinggalkan kasih sayang, kau tidak akan dapat ketenangan di hati.
Fikirkanlah, "nama" itu tidak perlu dimiliki kerana ia akan mengosongkan hati. Tetapi milikilah kasih sayang Allah kerana ia akan memenuhkan hati.
" bukankah Aku telah berikan kau kasih sayang namun kau cemarkan"
" bukankah Aku telah berikan kau kasih sayang namun kau cemarkan"
No comments:
Post a Comment