Tuesday, June 2, 2015

Sangkaan akhir

Kita berhubung dan berjumpa dengan manusia hampir setiap hari. dan kadangkala kita memahami cara hidup kita dengan cara berhubung mereka. kadangkala apabila kita berinteraksi dengan seseorang kita boleh kenal dimana tahap persepsi kita pada seseorang. itulah life cycle yang bermain setiap hari . dan life cycle ini tidak memberi cerminan yang baik andai sangkaan kita terhadap manusia sangat corot   .


begitu sekali, sekarang ini kita boleh berhadapan dengan orang yang membawa karakter ini setiap hari disekeliling kita , sedangkan dalam diri kita masih wujud makhluk ni.

andaikan kita bersemuka dengan seorang yang kaya .kita andaikan dia kaya yang bongkak . 
andai bersemuka dengan pengemis pasti dia pengotor .
andai bersemuka dengan orang miskin mesti tak cerdik.
andai bersemuka dengan artis pasti dia jahil . (sebagai contoh)

tak, jangan sangkal , pasti itu akan terlintas di hati kita dulu atau sekarang .
sebelum itu, mari berfikir tentang sangkaan manusia.


berapa ramai seringkali mereka salah terhadap sesuatu mereka masih tetap memegang kesalahan itu sebagai kebiasaan bagi mereka. tipu orang itu biasa, tinggal solat itu perkara biasa. buat dosa itu biasa, lawan ibubapa biasa . inilah yang dirisaukan nabi muhammad saw. Apa yang berdosa itu sudah biasa ! 


sangkaan kita itu seringkali menjauhkan diri kita daripada Allah . apa yg biasa terlintas d fikiran dan hati...
dengan merasakan diri kita akan hidup lama , adakah kita sangka masih cukup masa untuk berbuat dosa?
begitu jugalah bila orang menyangka dengan sikit ibadat, begitu mudah untuk memiliki syurga?
mengapa? kerana sifat kesombongan kita dengan Allah, kerana kita sering membiasakan yang Allah tidak suka , jadi dengan kebiasaan itu kita masih rasa "betul" .


Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda:
“Tidak akan masuk surga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]


bukankah Allah telah berikan kita pelbagai perkara yang senantiasa mengingatkan kita agar menjauhi sangkaan yang dapat membawa pada kebinasaan .

Firman Allah : “Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku” (tirmidzi)

yang bermaksud : jika kita bersangka yang baik, maka kita akan mendapat kebaikan. jika kita bersangka yang buruk, kita sering mendapat keburukan . 

--------------


kita mungkin rasa tidak salah buat masa sekarang melainkan ada malaikat mengetuk tingkap kamar tidur, atau kehilangan anggota badan, kemudian baru kita lebih kenal ciptaan diri .

ok xapa kalau nak stay macam tu, tapi pernahkah Allah redha dengan kamu berfikir begitu ? ayuh fikirkan dahulu . 

pada saat rasulullah mengajak melakukan umrah bersama di Makkah kerana sudah berbulat hati ingin melakukan ibadat dan mendapatkan perdamaian , lalu arab badui dan kaum munafik tidak menurut serta didalamnya dengan berbagai alasan. apakah orang2 yg mengingkari risalah muhammad saw dapat memahami niat yang baik itu, atau menghargai sebagaimana selayaknya ?

 lalu Allah berfirman 


"Orang2 arab badui yang tertinggal (tidak turut ke hudaibiyah) akan mengatakan "kami masih direpotkan oleh urusan keluarga dan harta benda kami, karena tu mohonkanlah ampun bagi kami!" Mereka itu mengucapkan dengan lidah sesuatu yang tidak ada di dalam hatinya" . Jawablah (hai muhammad) "siapakah yang dapat mencegah kehendak Allah jia Dia menghendaki kemudharatan bagi kalian, atau menghendaki kemanfaatan bagi kalian? Allah Maha Mengetahui apa yang kalian perbuat. Akan tetapi kalian menyangka bahawa Rasul Allah saw dan orang2 mukmin (yang berangkat ke hudaibiyah) tidak akan kembali kepada keluarga mereka selama-lamanya. atas dorongan setan kalian memandang anggapan kalian itu baik . sebenarnya kalian itu berprasangka buruk dan kalian akan menjadi kaum celaka." 

bersifat dengan kesombongan itu tidak boleh ada pada manusia, itu bukan sifat yang patut dimiliki. 

persepsi tentang sesuatu perkara itu perlu selari dengan apa yang Allah perintah, kerana apa yang Allah perintah sesuai dan selari untuk jadikan manusia itu orang yang mampu menjaga hati dengan sangkaan yang paling baik iaitu saya namakan sebagai sangkaan terakhir
sangkaan akhir ini akan terjadi dengan jiwa yang baik , dan jiwa yang baik hadir daripada agama yang membimbing kejalan yg paling baik itulah Islam . 
betapa banyak orang yang berbunuhan hanya kerana prasangka .terutama sekali apabila berada didalam circle kekeluargaan yg sangat rapat. fikirkan.

setiap orang bersangka terhadap sesuatu , tetapi seringkali membawa kpd kemurkaan Allah swt, lebih menyedihkan apabila diri sendiri tiada inisiatif untuk membuang pemikiran seperti itu, lalu hidupnya dimatikan dengan persepsi pelik itu .

apakah kurang orang motivasi yg tdk bermotivasi . ironinya pakar motivasi tidak dapat mendidik dirinya dengan baik . adakah dia kurang motivasi ? tidak . tetapi kurang nilai agama dalam jiwa mereka. 


jadi bersangkalah yang baik, baik yg berada di hadapan kita . mahupun di belakang kita. 
dan hormatilah setiap manusia dengan prasangka yang baik.

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)


dengan mendalami ilmu yang Allah berikan , kita akan lebih faham maksud kehidupan dan tujuan kita,adab dalam hidup kita, samasekali menghapuskan sangkaan awal ,memberikan penilaian yang baik , perwatakan yang baik dan mempunyai prinsip didalam kehidupan sehingga penuh dengan manfaat . itu mempunyai didalam ilmu Islam . 

sebab itu sangat berbeza seseorang yang berilmu dan tidak berilmu Islam . 

lihatlah dari sudut pandang sebagai seorang muslim dan apa yang Allah lihat pada diri kita .











5 comments:

zz~ said...

indeed..sentiasa su'zon pada org seperti kite x prnh buat dosa..astagfirullah

syifa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohd Syafi said...

kerana menyangka akan jadi baik 1 hari nnti membuatkan rasa ingin terus berbuat dosa kerana menunggu 1 hari itu .

zz~ said...

eh?mcm mne tu?

Mohd Syafi said...

Tunggu tiba2 berubah dn dpt hidayah.