Thursday, May 19, 2016

Aku mahu Range Rover

Kejayaan itu subjektif bagi setiap kaca mata yang melihatnya. Ianya berbentuk kebahagiaan. Bila capainya sangat bahagia bila gapainya sangat gembira. kerana ianya bukan mudah untuk digapai lagi di roti canaikan dengan harga seringgit harini.

Kejayaan itu bagi seseorang lebih banyak bererti yang memberi kebahagiaan pada empunya. Sekali ingat permanent dihati tentang phone akan terngiang2 akan dapatkannya, bila dapatnya lalu bahagia itu kejayaan baginya. 

Berbeza apabila si kecil mahukan mainan ultraman, menangis2 mahukannya, bila sudah dapatkannya langsung diam, itu juga kejayaan bagi anak kecil itu. Apabila sudah meningkat usia, dimomokkan dengan kebahagiaan berbentuk baju cantik, kasut converse, kereta rr. Wahh.  

Begitulah yang terjadi pada orang yang meletakkan citarasanya pada kereta, rumah, cita2 dihati akan merasakan itu kejayaan bila dikecapi. Dan ianya berputar pada setiap orang, kerana ianya dimainkam selalu dibibit keluarga, masyarakat, television. Itulah kejayaan.

Lagi ade kasut converse hitam, mahu yang putih .lagi sudah ada baju tshirt beli pasar malam, jadi baju michelle & jackson. Lagi ada 10 biji kereta mahu tambah tunggu penuh garage kereta.

Hati itu sudah dipunya oleh sesuatu pastinya belum puas jika tidak dituntut empunya, ditambah lagi. Pun begitu, tidak pernah didendangkan kesalahan itu, kerana naluri dan mahu itu cantik terhias bila diguna tersusun rapi dihati. 

Ianya sudah diremotekan untuk perkara harta, kemahuan, di suatu sudut kecil dihati, manakala di suatu sudut besar untuk Allah sahaja. Tetapi alangkah sukarnya begitu, kerana dunia,harta dan isinya mudah pengaruhi penghuninya. Takut takut hati itu diisi penuh dengan kemahuan saja, tetapi agama itu sekadar di kenduri kahwin. 

Hati itu mudah dipenuhi dengan sesuatu yang kita terlalu idamkan. Sedang idamkan mainan ultraman saja boleh berkelahi, sembang saja tentang harta bisa bertikam lidah. 
Habil & qabil itu lantas kemana kisah ceritanya?
Qabil yang mencintai sesuatu juga,sanggup membunuh adiknya habil. 
Pengajaran...

Harta itu cantik seperti penghuninya. Abu bakr mengorbankan seluruh hartanya untuk Islam. Sekelip mata hartanya bertambah semula. Begitu Umar, juga sahabat lain.  Kerana apa? Harta hanya 1 sudut kecil dihatinya.






No comments: