Saturday, July 13, 2013

Seorang Imam Terawih


kopiah berwarna putih sepadan dengan jubah yang digayakan pada hari itu, beliaulah syeikh Jibril yang menggegarkan surau yg indah itu. 

subhanaAllah tidak pernah dengar suara yg amat merdu yg didayukan ketika solat tarawih kecuali hari itu. malah berani saya katakan, suaranya lebih sedap dr sluruh imam yg pernah saya dengarkan di Malaysia.

walau bacaannya agak laju namun susun atur ayat dan tajwid pun ditepatinya. dengan kemerduan suara beliau tidak dapat tidak menitiskan air mata orang sekeliling yg mendengarkn suara yg cukup lunak dan mendayu.
pada bacaan qunutnya, beliau amat menekankan orang yg berjihad dijalanNya , terutama yang sedang berjuang untuk mempertahankan hak seorang Hafiz di mesir .
aku mengsyaki  beliau menitiskan air mata pada penghujung doa kerana kedengaran suara yg mula teresak2, kelihatan disitu beliau mengiginkan tertegaknya Islam di Mesir

usai solat terawih itu, kerinduan untuk mendengarkan kembali suara yang merdu untuk beberapa lama tidak kesampaian kerana beliau akhiri dengan doa yang ringkas. walau sebentar saja masa itu berlalu, tetap hati ini cukup tertaut pada suara yang telah memenuhi ruang hati ini dengan kerinduan padaNya.
SubhanaAllah~


             




No comments: